Jumaat, 10 Mac 2017

Insan Yang Penuh Dosa: Khutbah Jumaat negeri Kelantan 10 MAC 2017




Surah Maryam Ayat 59-60:
Maksudnya: Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat, maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka.Kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh,maka mereka akan masuk kedalam syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”.

Ikhwan Muslimin!

                Marilah sama2 kita bertakwa kepada ALLAH DENGAN MENGERJAKAN SURUHAN2 DAN MENINGGALKAN SEMUA LARANGAN. Mudah-mudahan kita diberikan kejayaan oleh ALLAH Azwajalla di dunia dan di akhirat.

                Perintah mengerjakan solat itu adalah satu perintah yang Agong di dalam agama kita Islam,kerana kebesaran itulah orang yang mengerjakannya dipanggil sebagai ahlul kiblah dan ahlul 
solah. Semuanya ini kerana kebesaran solat dalam agama Islam. Kewajipan mengerjakan solat ini tidak gugur dari seorang mukhalaf walaupun berada di medan peperangan selama ia memiliki ingatan kecuali wanita ketika keuzuran Haid dan nifas.

                Solat adalah tiang agama,diwajibkan lima kali sehari semalam dan diiklankan setiap fardhu lima kali sehari dengan suara azan.
Ikhwan Muslimin!

                Ibn Abas menceritakan “aku bertanya Rasulullah S.A.W tentang maksud yang lalai didalam solatnya? Jawab Baginda “mereka itu ialah orang yang mentakhirkan daripada waktunya. “mereka dinamakan orang yang bersembahyang sedangkan mereka mempersendakan sembahyang. Akibatnya mereka akan dimasukkan oleh ALLAH kedalam neraka jahanam yang kepanasannya mencairkan bukit didunia dan itulah tempat mereka yang mempermaikan sembahyang. Perlu diingatkan bahawa amalan yang pertama dihisab oleh ALLAH S>W>T di akhirat kelakn adalah solat sekiranya yang in berjaya maka yang selepasnya akan mudah dan berjaya dan sekiranya gagal maka selepasnya akan rugi dan binasa.

Didalam ayat lain ALLAH berfirman didalam surah Al muddathhir ayat 42-43:
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu masuk Neraka Saqar? Maka dijawabnya kerana kami tidak mendirikan solat.

                Disana terdapat terlalu banyak amaran daripada ALLAH tentang mereka yang tidak mengerjakan sembahyang. Diantara Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
-perbezaan seorang muslim dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang.
-sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka terlepas ia dari jaminan naungan ALLAH.
-Sesiapa yang meninggalkan sembahyang asar maka gugur amalannya.
Saidina Umar Al Khattab R.A berkata tidak ada bahagian didalam Islam bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.


                Allah meletakkan seorang manusia ditempat yang tinggi. Ketinggian dan keagongan darjat seseorang it bergantung kepada setinggi mana dia mengagongkan kebesaran ALLAH. Di zaman kita ini banyak syiar Islam terhijab atau dibiarkan tetapi dengan kelebihan dan kebesaran ALLAH, masih kekal bersama kita. Alangkah rugi seseorang hamba yang tidak rukuk dan tidak sujud. Orang yang mengerjakan sembahyang walaupun ada melakukan kesalahan adalah lebih baik daripada yang tidak mengerjakannya kerana ulamak berkata “ mereka yang memelihara solat itu hampir kepada rahmat ALLAH berbanding mereka yang tidak mengerjakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan