Sabtu, 4 Mac 2017

Insan Yang Penuh Dosa: Aku Seorang Penolong Pengawai Perubatan



Assalamualaikum.



Dengan Nama Allah Yang Mah Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pembaca yang dihormati sekelian,



saya rasa saya x pernah cerita lagi pasal profesion pekerjaan yang saya pilih dalam blog nie...

dan hari ni saya rasa macam nak cerita la skit pasal pekerjaan ni. Saya sekarang dalam latihan Diploma Pembantu Perubatan di Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah,Perak dan sekarang saya sudah berada di Tahun Tiga, Semester 5. 


Apabila saya grade nanti pada hujung tahun ini, saya akan memulakan kerja saya sebagai PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN @ Assistant Medical Officer (AMO) @ Medical Assistant (MA) yang berlesen InsyaALlah..(mohon doa semua :-) ) Tapi kena tunggu dekat 8 bulan atau lebih untuk panggilan PPW iaitu Penempatan Wajib untuk graduan Diploma Pembantu Perubatan sebelum disahkan ke jawatan tetap papepun doakan yer hihi 



Sebenarnya, pekerjaan PPP ini saya rasa, ramai lagi orang di luar sana yang tidak mengetahui akan PPP ini.Ini kerana, apabila mereka pergi ke hospital ataupun klinik kesihatan, mereka hanya kenal Doktor dan juga Jururawat. Tapi kadang-kadang ada juga orang boleh tertuka PPP dengan male nurse.hihi..kalo nak tahu PPP ini dahulunya dikenali sebagai HA (hospital assistant), dan dahulunya lagi dikenali sebagai dressar.



Sebelum saya memasuki latihan MA ini,banyak dah tempat saya belajar kat Politeknik Kota Bharu,Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa lepastu kerja tukang kebun tukang cuci dan pekerja kilang hahah..nak dapat masuk m.a pun saya dah pergi temu duga 5 kali nasib baik alhamdulillah kali ke 5 baru dapat..


okey berbalik pada citer PPP...Bolehlah dikatakan PPP atau MA ini sebagai 'hero yang x dikenali' / unsung hero



Sebenarnya, peranan PPP ini sangat besar di dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.. Seorang PPP selalunya akan bertugas di Jabatan Kecemasan, dan juga klinik kesihatan. Selain itu, PPP berada di semua unit lain seperti Dewan Bedah, klinik specialist (mata, telinga, tekak), Unit Cardiology, Hemodialysis, Ortopedik (tulang) dll.



PPP boleh melakukan tugas-tugas Pegawai Perubatan seperti mendiagnos pesakit, mempreskrip ubat kepada pesakit, dan melakukan pembedahn-pembedahan kecil seperti circumcision (khatan), nail avulsion (buang kuku yang rosak/patah) dan menjahit luka2 kecil..



Sepanjang latihan saya melalui teori kelas semesta 1-3 selama setahun setengah dan pratikal, juga setahun setengah iaitu semesta 4-6,saya mempelajari hampir kesemua tajuk perubatan dan pembedahan. Pembelajaran saya hanya general dan tidak terlalu detail seperti pengajian doktor. Di samping itu, kami juga dititik beratkan dengan soft skill seperti skil2 kejururawatan..tapi yang best bila dapat kerjasama dengan nurse sebab diorang bila mbuat prosedur betul-betul disiplin dan teliti..macam PPP semua kena cepat hihi.


Jika hendak dilihat dari kacamata lebih profesional, MA ini mengambil tugas PARAMEDIK. Dengan ketara, kita boleh menyaksikan 'pahlawan yang tak dikenali' ini akan menguruskan dengan cekap kes2 kecemasan di tempat kejadian seperti kemalangan kereta dll. M.A lah yang pertama sekali akan menunggu anda di Jabatan Kecemasan hospital untuk melakukan prosedur2 kecemasan seperti dalam kes sesak nafas, sakit jantung, renjatan (shock) dan banyak lagi...


Bukan itu sahaja, PPP juga boleh mengendalikan kelahiran secara normal. Saya berasa tidak sabar menunggu pembelajaran untuk berada di Labour Room masa buka cuti pertengahan sem nanti kat Hospital Kuala Kangsar hihi


Dan satu lagi, MA yang bertugas di klinik, kebiasaannya akan menerima pesakit, membuat pengambilan sejarah, melakukan pemeriksaan fizikal, membuat investigasi, kemudian mendiagnos, lalu mempreskripsikan ubat kepada pesakit tersebut. Jika pelanggan yang x tahu, dia akan menggelar MA sebagai doktor!!. (hehe. riak skit)


Walaubagaimanapun, itulah tugas dan peranan sebenar profesion saya yang profesional ini...
harap semua pembaca boleh menerima cerita saya nie.. hehe.Klu anda ingin maklumat lebih lanjut mengenai sejarah, tugas2 PPP ini, anda boleh klik sini


page ni lah yang saya buka dan baca masa saya nak interview SPA untuk jawatan PPP ini. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan jawatan ini dan saya syukur sgt2.. Masa tu lah baru saya tahu mengenai profesion ini macam mana sebab sebelum nie saya ingat sekadar duduk di klinik sahaja rupanya ia meluas..




Rasanya tu sajalah yang dapat tulis  nie.. dah x larat nak tulis... dah xdak ilham...

Ok. Sekian.. 

Assalamualaikum..sebelum itu bawah nie merupakan lagu PPP kebangga kami sebagai staff dan student PPP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan