Isi Penting Khutbah Jumaat
17 Mac 2017M
18 Jamadhilakhir 1438H
Tajuk Khutbah ialah Hargai Nikmat kesihatan mulut dan
kesihatan pergigian anda.
*Rasulullah S.A.W bersabda “Dua nikmat yang ramai manusia
terpedaya kerananya iaitu kesihatan dan kelapangan masa” H.R Imam Bukhari
*mulut serta komponenyang berkaitan gigi,lelamgit,mulut, dan
pipi merupakan salah satu pecaindera atau anggota yang penting dikurniakan
ALLAH kepada kita untuk bertutur ,bercakap,makan dan
minum,kegembiraan,kemarahan dan kesedihan. Namun sebaik2 penjagaan anggota yang
penting ini adalah dengan selawat membaca,Al Quran, memberi nasihat serta ucapan
yang baik.
*Rasulullah S.A.W adalah ikutan dan taladan yang baik untuk
dicontohi oleh umat Islam dari aspek penjagaan hubungan Rasulullah S.A.W dengan
Allah s.w.t sepertimana didalam surah Al Ahzab Allah berfirman pada ayat 21:
Maksudnya:sesungguhnya adalah bagimu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik yayitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
keredhaan ALLAhg dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan
mengingati ALLAH.
*penjagaan kesihatan mulut adalah sebahagian dari penjagaan
kesihatan tubuh badan yang dituntut di dalam agama Islam.kaitan antara mulut
dan badan adalah sangat rapat. Oleh itu penjagaan kesihatan mulut amatlah
penting. Berikut adalah penjagaan kesihatan mulut yang boleh dicapai dengan:
1.
Menjaga kesihatan mulut
dengtan cara yang betul.aspek kebersihan mulut merupakan asa yang sangat
penting untukl mencegah penyakit mulut atau penyakit pergigian. Oleh itu
diingatkan agar kita memberus gigi sekurang2nya 2 kali sehari atau mengikut
sunnah Rasulullah S.A.W dengan memberus gigi setiap kali sebelum menunaikan
solat. Dengan memberus gigi dapatlah kita menjaga kebersihan mulut dan gigi
kita seterusnya mencegah daripada penyakit gigi seperti gigi berlubang atau
dikenali sebagai karies,penyakit gusi atau dikenali sebagai
gingivitis(keradangan gusi) dan periodontitis(keradangan kepada tisu penyokong
gigi).
2.
Pengambilan makanan yang
seimbang membantu menjaga kesihatan badan dan mulut. Kejadian gigi berlubang
atau karies mempunyai kaitan dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang
seperti cuka ,kek, aiskrim dan makanan yang mempunyai kiandungan gula yang
banyak. Oleh itu pengambilan makanan yang seimbang dapat mengelakkan berlakunya
penyakit dan menjaga kesihatan tubuh badan serta mulut dan gigi.
3.
Membuat lawatan yang
berkala ke klinik pergigian. Ia bertujuan untuk mencegah dan memberi peluang
kepada doktor untuk mengesan penyakit berkaitan gigi. Di klinik juga kita dapat
menjalani beberapa prosedur penjagaan gigi seperti mencuci gigi,menampal gigi
yang berlubang, dan mendapat khidmat kesihatan penjagaan kebersihan gigi.
Rawatan awal juga boleh mencegah penyakit berkaitan mulut seterusnya dapat
menjaga kesihatan gigi.
4.
Mengelakkan daripada
mengamalkan tabiat buruk seperti hisap rokok,makan sireh, dan penang yang boleh
menyebabkan penyakit2 lain yang berkaitan dengan mulut dan gigi seperti kanser mulut
*juga diingatkan menjaga kesihatan mulut dan gigi adalah
tanggungjawab kita sendiri. Doktor gigi juga dapat membantu kita untuk menjaga
kebersihan gigi melalu beberapa aspek seperti:
a
a)
Memberi pengetahuan dan
tunjuk ajar dalam penjagaan kebersihan mulut
b)
Melakukan prosedur pencegahan
semasa lawatan berkala
c c)
Merawat penyakit
terutamanya diperingkat awal
Oleh yang demikian, kita perlulah mengambilberat soal
kebersihan dan kesihatan mulut serta gigi apatah lagi kebersihan tubuh badan
sangat dituntut dan bertepatan dengan agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan