Sabtu, 25 Mac 2017

Insan Yang Penuh Dosa: Khutbah Jumaat Integriti Yang Melonjak Kualiti Hidup

Integriti seorang individu adalah menifestasi daripada keperibadian dan tingkah lakunya setelah mengharungi dan mengelami proses pendidikan, pelajaran dan sosialisasi yang agak panjang. Bilamana kita membincangkan soal integriti maka tercetuslah  pelbagai persepsi dan pendapat dalam kalangan kita terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa,pecah amanah,rasuah, penyelewengan walaupun dilakukan segelintir individu,namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruhh penjawat awam yang lain.

                Sekalipun elemen-elemen integriti untuk peningkatan kualiti kerja telah lama diterapkan kedalam perkhidmatan awam melalui pelbagaian program ,peraturan dan kempen seperti piagam pelanggan, hari bertemu pelanggan manual prosedur kerja dan fail meja, sistem pengurusan akauntabiliti dan berintegriti, kempen bersih cekap amanah,laporan perisytiharkan harta dan program penerapan nilai-nilai islam, namun, segala dasar dan polisi berkaitan seolah-olah masih gagal dihayati dengan sepenuh hati. Bukankah ALLAH S.W.T menyatakan segala yang kita lakukan itu sentiasa diperhatikan dan dicatat.

Firman Allah S.W.T didalam surah al Taubah ayat 105 yang bermaksud:

‘’Dan katakanlah: beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya dan orang mukmin akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang azab dan yang nyata,kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

                Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa amalan integriti itu bermula dari dalam diri kita 
sendiri atas keyakinan bahawa segala apa yang kita lakukan tidak terlepas daripada pengetahuan Allah S.W.T. Sekiranya keyakinan ini ada pada setiap individu, maka tidak mungkin mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentang dengan nila-nilai Integriti.

                Penghayatan nilai-nilai Integriti akan melonjak kualiti hidup seseorang itu kepada keutuhan akhlak, kewibawaan menghayati akhlak yang mulia dan terpuji yang diperjuangkan oleh baginda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

“sesungguhnya aku diutuskan untuk menyampaikan manusia dengan akhlak yang mulia”
Sebagai orang Islam, kita hendaklah benar-benar menghayati nilai-nilai Integriti terutama sekali dalam pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan sifat-sifat Integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh disiplin dan komitmen kerana ia merupakan tuntutan. Sebaliknya, jika ia tidak dihormati dan diamalkan nescaya akan berleluasa kemungkaran dan jenayah sehingga boleh menyebabkan kacau bilau dan huru hara sesebuah negara.

                Dalam konsep integriti hari ini, kita boleh mengambil contoh kepimpinan Sultan Muhammad AlFateh dan tenteranya yang berjaya membuka kota konstantinopel. Sebenarnya ,antara faktor besar yang menyumbang kejayaan tersebut adalah kesepaduan nilai-nilai integriti kepimpinan dan nilai integriti sepasukan yang cukup kental.

Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad iaitu yang bermaksud:

“berkata Abdullah Bin Bisyri daripada bapanya yang telah mendengar Nabi S.A.W bersabda: Konstantinopel (kini istanbul) akan dibuka (jatuh ketangan tentera Islam), maka sebaik-baik raja adalah rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera itu”

Tugas pasukan polis bukan semata-mata menjaga keselamatan dan keamanan dari segi fizikal, tetapi mencakupi aspek yang lkebih luas dari itu. Ini digariskan dalam lima matlamat makasyi syariat iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta benda.

                Setiap polis perlu sentiasa berusaha memastikan kesemua matlamat syariat ini di dapat dicapai. jika penghayatan nilai-nilai integriti ditinggalkan, ia akan memberi kesan negatif yang cukup besar sehingga boleh berlakunya penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan gejala rasuah ,mengancam keselamatan negara maka akan hilang keredhaan Allah S.W.T dan keberkatan rezeki.

                Sempena peringatan hari polis ke-210,marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan seluruh warga PDRM dan pasukan keselamatan di negara ini berada didalam rahmat dan perlindungan ALLAH jua. Semoga mereka dapat mencapai prestasi yang lebih cemerlang dan terus cekal berhadapan dengan apa jua cabaran mendatang.

                Beberapa elemen-elemen penting yang dapat menerap dan memperkukuhkan penghayatan serta pembudayaan nilai-nilai integriti dalam kehidupan kita iaitu:

PERTAMA: umat islam hendaklah memantapkan iman dan menguatkan ketinggian sahsiah bagi memastikan terus istiqomah dengan sifat-sifat mahmudah dan integriti dalam diri

KEDUA: Umat islam perlu menekankan aspek asuhan dan pendidikan yang mempunyai nilai-nilai murni dan berintegriti bermula dari peringkat awal asuhan lagi.

Ketiga: Penguatkuasaan undang-undang perlu terus dipergiatkan supaya masyarakat sedar akan kemudaratan nilai-nilai Integriti yang boleh mengancam negara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan