Sabtu, 1 April 2017

Insan Yang Penuh Dosa: Khutbah Jumaat 31 Mac 2017: Perak Yang Bersih Bersama Membudayakan Kebersihan


Khutbah Jumaat 31 Mac 2017
3 Rejab 1438H
PERAK YANG BERSIH, BERSAMA  MEBUDAYAKAN KEBERSIHAN

Allah S.W.T menciptakan alam dengan sebaik-baik kejadian. Semua makhluk dan hidupan saling memiliki kebergantungan diantara satu sama lain dan ianya menciptakan kesimbangan diatas muka bumi ini. Sehubungan dengan itu, manusia sebagai khalifah didunia ini hendaklah mentadbir dengan sebaik mungkin bagi memastikan tiada sebarang kerosakkan dan pencemaran yang dilakukan. Firman Allah S.W.T dalam surah al an’am ayat 165:

Maksudnya “dan Dialah yang menjadikan kamju khalifah dibumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat kerana Dia hendak mengujimu pada apa yang dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaanNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampung lagi Maha Mengasihani’’

                Akhir-akhir ini terdapat pelbagai kerosakkan yang dilakukan dimuka bumi ini. Antaranya termasuklah sisa-sisa pepejal dan sampah sarap di merata-rata tempat secara haram semakin berleluasa. Tong-tong sampah yang disediakan tidak digunakan sebaik-baik mungkin,sebaliknya sampah dibiarkan diluar tong sampah ataupun di kawasan yang tidak sepatutnya. Di tepi jalan raya,primis-primis kerajaan dan komersil,taman-taman awam serta disekitar kawasan perumahan dilonggokkan dengan sampah sarap. Kebersihan daripada iman yang seharusnya menjadi cara hidup umat Islam tidak lagi diterapkan dalam diri golongan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak.
                
               Sisa pepejal atau sa,pah sarap ini diketogorikan kepada sisa pepejal isi rumah, import,komersil, keinstitusian, pembinaan, perindustrian dan sisa pepejal awam. Sekiranya sisa pepejal ini tidak diurus dengan betul, akan menyebabkan pelbagai kesan buruk antaranya termasuklah demam denggi disebabkan oleh pembiakkan nyamuk aedes dikawasan sampah sarap yang menyimpan air bertakung. Hal ini juga merosakkan pemandangan dan memberikan gambaran serta imej negatif bahawa penduduk negeri ini yang pengotor dan memberi kesan buruk dimana tahun melawat Perak 2017 yang seharusnya indah dan bersih bagi menggalakkan kedatangan pelancong kenegeri ini. Sampah sarap yang dibiarkan tanpa diurus juga akan menjadi tempat pembiakan lalat serta menjadi tempat makan binatang yang membuatkan persekitaran menjadi busuk dan kotor.
                
               Menyedari kepentingan isu kebersihan yang merupakan masalah diperingkat Nasional, kerajaan negeri Perak telah melancarkan kempen “ Perak Yang Bersih, Bersama Membudayakan Kebersihan” pada hari ini 31 Mac 2017 dan akan dilaksanakan diseluruh negeri secara berterusan dan bersepadu. Program ini akan dijadikan acara bulanan disetiap daerah, bandar mahupun luar bandar bagi menerapkan nilai-nilai murni menjaga kebersihan dilaksanakan disetiap peringkat dan dijadikan amalan sepanjang masa,. Tujuan utama program adalah untuk memastikan negeri Perak bersih dan dapat meningkatkan kualiti alam sekitar serta memberi kesedaran kepada semua pihak secara berterusan dan bersepada. Program ini diharap akan menjadi gelombang perubahan sihat dan bersih dengan mensyarakat melalui proses perubahan minda,sikap dan tabiat kebersihan yang bermula dari rumah.
                Budaya menjaga kebersihan adalah amat dituntut dalam agama Islam. Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengamalkan kebersihan dan ia merangkumi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal ,tempat beribadat, tempat awam dan sebagainya. Bagi menjaga kebersihan diri, bukan setakat menjaga kebersihan luar sahaja akan tetapi merangkumi kebersihan hati nurani daripada sifat kufur dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa seperti perbuatan mensyirikkan dan menyukutukan Allah S.W.T. selain itu, menjaga kebersihan rohani ialah menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, sombong, bangga diri,riak dan seumpamanya. Melalui kebersihan rohani ini boleh menjadikan kita  insan yang berakhlak mulia dan terpuji, manakala menjaga kebersihan jasmani boleh menghadirkan diri daripada mendapat penyakit. Ini kerana kekotoran merupakan antara punca penyebab terjadinya penyakit. Oleh itu, kita boleh mengabaikan kedua-dua aspek kebersihan ini iaitu kebersihan nurani dan jasmani.

Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: ‘’Daripada Malik Al Asy’ari berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: kebersihan itu sebahagian daripada Iman”. Hadis Riwayat Imam Muslim.

Sesungguhnya agama Islam juga menitik beratkan kebersihan dalam mengerjakan amal ibadat kerana Allah S.W.T menyukai hambaNya sentiasa mensucikan diri sebelum melakukan ibadat seperti solat dimana seseorang itu hendaklah memastikan dirinya,pakaian dan tempat solatnya dalam keadaan bersih dan suci malah terhindar dari segala najis. Begitu juga dengan memegang Al-Quran, melakukan tawaf dan sebagainya hendakalh dengan berwuduk, Firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah ayat 222:

Maksudnya: “sesungguhnya Allah mengasihani orang yang banyak taubat dan mengasihani orang yang sentiasa mensucikan diri.

                Memandangkan kebersihan ini sangat dituntut dalam Islam, oleh itu, jadikanlah ia satu budaya dalam kehidapan kita. Adapun membudayakan amalan hidup bersih ini adalah bermula dari rumah. Seharusnya ibubapa hendaklah membimbing dan mengajar anak-anak sejak dari kecil lagi kerana melontar buluh biarlah dari rebunnya. Antara contoh yang boleh ditunjukkan oleh ibubapa adalah dengan mempraktikkan amalan kebersihan dihadapan anak-anak seperti membuang sampah ditempat sepatutnya, membasuh tangan sebelum dan selepas makan, menutup mulut ketika batuk atau bersih dan sebagainya. Selain itu, kebersihan luar rumah juga perlu diambil perhatian seperti memotong rumput dihalaman dan disekeliling rumah, membersihkan longkong dan saliran air. Sampah sarap janganlah dibuang merata-rata tempat sehingga menganggu jiran dan orang lain. Oleh itu ibubapa memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas pada masa hadapan. Dengan budaya dan amalan kebersihan ini akan menjadikan sesebuah negara itu disanjung tinggi dimata dunia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan