Isi-isi Khutbah Negeri Perak:
Jaga kebersihan Elakkan Denggi 3 Mac 2017
KHUTBAH YANG BERTARIKH HARI INI membincangkan tentang “jaga
kebersihan elak denggi”.Muslim yang dirahmati Allah. Setiap insan pada
kebiasaannya tidak terlupa dari dijangkiti penyakit, sama ada yang ringan
mahupun yang serius. Penyakit adalah ujian Allah bagi meningkatkan keimanan
juga sebagai kafarah kepada dosa-dosa yang kita lakukan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“tidaklah seseorang muslim ditimpa
keletihan,penyakit,kesusahan,kesedihan,gangguan,gundah- gelana hingga duri yang
menusuknya. Melainkan Allah akan menghapuskan sabahagian
kesalahan-kesalahannya:. H.R Imam Bukhari
Sakit
juga adalah ujian Allah S.W.T terhadap hambaNya.
Firman Allah surah Al Baqarah ayat 214 yang bermaksud:
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai pada kamu (ujian dan cubaan) sepertiyang telah berlaku
kepada orang yang terdahulu daripada kamu mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman
bahaya musuh).
Allahlah
yang menjadikan setiap penyakit dan
Dialah Yang Maha Menyembuh. Sebagai hambaNya, apa yang kita perlu
lakukan adalah berusaha mencegah sebelum mengubati. Telah disebutkan dalam
Sahih Bukhari dari Hadis Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidaklah Allah menurunkan satu penyakit melainkan Allah
telah menurunkan untuknya ubat penyembuh”.
Sidang hadirin yang berbahagia,
Menjaga
kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Apatah lagi, Islam sememangnya
menitikberatkan soal kebersihan diri sendiri mahupun persekitaran. Islam adalah
agama yang mengajar bersuci secara terperinci. Oleh itu, kebersihan adalah
sebahagian kehendak ajaran islam. Firma Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah ayat
222:
Maksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat
dan orang yang sentiasa menyucikan dirinya”
Kebersihan
dapat mengelak penyakit. Antara penyakit yang menularkerana kegagalan kita
menjaga kebersihan persekitaran adalah denggi. Denggi berpunca daripada gigitan
nyamuk yang membiak dipersekitaran yang tidak dijaga.
Denggi
merupakan salah satu wabak penyakit yang sedang mengancam kesihatan masayarakat
khususnya negeri Perak. Berlaku peningkatan yang ketara pada tahun 2017
berbanding tahun lalu. Terdapat 1223 kes
telah dicata sepanjang tahun ini. Terdapat 66 lokaliti wabak denggi dengan 16
daripadanya pada tahap serius,15 dari padanya di daerah Kinta dan satu di Larut
Matang Selama. Sehingga minggu ke tujuh tahun 2017, terdapat 4 kes rumit
kematian melibatkan denggi di negeri perak. Kes denggi menjadi semakin rumit
dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Cuaca hujan dan panas menyebabkan
wujud tempat-tempat pembiakkan nyamuk aedes jika tidak dihapuskan.
Sidang jemaah yang dikasihi,
Nyamuk
aedes lazimnya menggigit pada awal pagi dan pada awal senja. Tempat
pembiakkannya pula ialah didalam takungan air jernih sama ada didalam ataupun
diluar rumah. Ini termasuklah semua bekas yang boleh menangkung air seperti
kolah bilik mandi, tangki takungan air tandas, tempayan,pengelas pasu
bunga,tangki septik, bekas tadahan air peti sejuk, tempurung kelapa yang
terbelah dan sebagainya.
Manakala kitaran hidup penyakit
aedes dari telur hingga menjadi dewasa hanya mengambil masa kira-kira satu
minggu.
Oleh itu, cara paling berkesan
untuk menghindari penyakit ini ialah dengan mengawal pembiakkan nyamuk aedes.
Ini selaras dengan anjuran Al Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W yang menitikberatkan
prinsip pencegahan lebih baik daripada pengubatan. Dalam hubungan ini, antara
langkah pencegahan yang boleh diambil termasuklah:
1. menghapuskan nyamuk aedes dewasa, gunakan racun penyembur
serangga di rumah.
2.menggunakan semburan kabus untuk semburan yang berkesan.
Dalam hubungan ini, orang ramai diminta memberi kerjasama dan membenarkan
petugas-petugas jabatan kesihatan ataupun pihak berkuasa tempatanmenyembur
kabus dalam rumah. Semburan aerosol juga boleh dilakukan ketika banyak aedes
aktif iaitu waktu pagi dan senja.
3.memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate 1
sudu hingga 10 sudu gram untuk 20 giling air kedalam semua bekas menyimpan air
tiga bulan sekali.
4.menutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk
mengelak nyamuk daripada bertelur.
5.menukar air dalam tempayan, jambak bunga dan kolah mandi
setiap menggu dan basuh serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang
baru.
6.membuang air dari piring alas pasu seminggu sekali dan
berus piring itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
7.menanam semua bekas yang boleh menakung air seperti
botol,tin kosong, tempurung kelapa,kulit buah koko dan lain-lain lagi.
8.membersihkan saluran air hujan(saluran bumbung)
9.memastikan tayar buruk tidak menangkung air.
10.membersihkan kawasan kediaman dengan memotong rumput dan
lalang yang panjang disekeliling rumah.
11.bagi ahli jawatankuasa masjid,surau atau sekolah agama
rakyat,pastikan kawasan ini bersih dari air bertakung pada mana-mana tempat
yang telah disebutkan tadi.
12.mengamalkan kitar semula untuk mewujudkan persekitaran
yang bersih dan teratur.
13.memastikan reban ternakan terutama ayam dan tempat
kurungan haiwan kesayangan sentiasa bersih
14 dapatkan nasihat daripada jabatan kesihatan berhampiran
sekiranya terdapat kemusykilan tentang isu ini.
Sidang jemaah yang budiman,
Adalah
jelas bahawa menjaga kebersihan persekitaran bukan sahaja dapat mengelakkan
pembiakkan nyamuk dan penularan penyakit, malah ia juga menzahirkan rasa selesa
dan senang kepada semua pihak. Ini selaras dengan fitrah manusia yang suka
kepada kebersihan dan membenci kekotoran. Atas hakikat inilah maka islam amat
menitikberatkan aspek kebersihan. Tambahan pula, keadaan persekitaran yang
bersih dan cantik boleh memelihara kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan