Sabtu, 1 April 2017

Insan Yang Penuh Dosa: Mutabaah Amal




Tujuan dan sebab perlu mutabaah??
kerana mutabaah adalah amalan asas setiap individu..

Seruan menuntut kita beramal sebagai syarat memperoleh kejayaan. Adakalanya amalan yang dituntut itu membuatkan kita rasa terbeban dan tidak mampu untuk melakukannya.
Lantas, alasan-alasan dikeluarkan bagi meringankan tuntutan beramal. Semuanya ingin diringan dan dimudahkan supaya mengikut keselesaan hidup sedia ada.

Mengapa?

Masih belum merasa ia sebagai keperluan. Merasakan ia adalah beban. Tidak merasa keperluan umat yang sangat mendesak untuk setiap individu itu berubah.
Keperluan kepada ketenangan di dunia itu masih pada movie, bukannya pada zikir. Keperluan kepada kepada kepuasan hidup masih pada kebendaan, bukannya pada kebaikan.
Semuanya dirasakan sebagai beban akibat tidak faham dan menjiwai keperluan sebenar.
ISLAM itu mudah sahabat2 seperjuanganku....tapi bukan untuk dimudahkan, bukan untuk diremehkan!

pokoknya, perlukah kita memaksa diri kita untuk melakukan semua mutabaah tersebut?!
mari kita lihat hadits di bawah:

~iman itu bertambah dan berkurang~ maka isitiqamahlah pada ibadah anda walaupun sedikit

Nabi SAW. jgnlah kita beribadah semata kerana semangat kerna semangat akan luput
 
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ قَالَ مَنْ هَذِهِ قَالَتْ فُلَانَةُ تَذْكُرُ مِنْ صَلَاتِهَا قَالَ مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ

Daripada ‘Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menemuinya dan dekat dengannya ada seorang perempuan. Rasulullah s.a.w. bertanya, siapakah dia ini. ‘Aishah menjawab, si fulanah dan beliau menyebutkan tentang sembahyang perempuan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: Cukuplah. Hendaklah kamu beramal mengikut kemampuan kamu. Demi sesungguhnya Allah s.w.t. tidak jemu sehinggalah kamu merasa jemu. Dan agama yang paling disukai Allah ialah apa yang dilakukan seseorang secara berterusan. (al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Ahabb al-Din Ila Allah ‘Azza Wa Jalla Adwamuha)


jgnlah kelam kabut dalam ibadah, ibadah tu perlu dikawal......jika mampu buat lebih, buatlah yg termampu untuk diistiqamahkan...
lagi....

Nabi SAW marah (nasihat yg baik) orang tinggal ibadah, Nabi SAW juga marah orang buat secara berlebihan
~sebab tu kita kena ingat:
syariat itu adalah maslahah untuk manusia semata2, bukan untuk kepentingan Allah - kerana kita lah yang lebih berhajat kepada Allah SWT.

Al-Quran itu adalah wahyu, tidaklah dibaca Alquran itu melainkan supaya kita mentadabbur (menghayati),
 
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepada-mu penuh dengan berkah supaya mereka memperhati-kan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Shaad,38: 29)


bacalah Al-Quran dengan tartil, jgn tergopoh-gapoh mengejar kuantiti, ada sesetengah kita yang terlalu melampau dalam mengejar target yang tinggi sehingga hilang keindahan bacaan Alquran. bacalah Alquran dengan tenang...
 
“Dan apabila Al-Qur’an dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Al-A`raf,7: 204).



sistem mutabaah ni memerlukan kita menjelaskan dan memberi kefahaman akan dalil sahih terelbih dahulu sebelum kita memberitahu, "enti kena paksa sikit"

tak payah pergi jauh2 la, bacaan doa sebelum makan pun belum tentu lagi menurut sunnah Nabi SAW
 


betul tak?! hee... manusia ni mudah taqlik-mengikut semata-mata tanpa ada sumber yg sahih-


sebab tu kita tak nak melahirkan insan yang beramal kerana ikut halaqah, bila tak ikut halaqah hanyut.....
dengan memahami tujuan ibadah, merasa yakin bahwa ibadah dilakukan menurut tuntutan syara' dan bardasarkan sunnah Nabi SAW menjadikan seseorang tu dengan sendiri mengerti keperluan ibadah
 jgn suka-suki langkah flow.....          


  al-fahmu->al-ikhlas->al-amal

merutinkan ibadah yang sikit lebih baik daripada memaksakan ibadah yang tak konsisten
tahap ibadah seseorang tu tak semesti sama dengan tahap ibadah seseorang yang lain......



nota  kaki:  wallau'alam....  aku mohon kebaikan atas tinta mujahadah ini...insyaALLAH... skadar tazkirah buat sahabat seperjuangan jua tazkirah buat hati ini yang sering lalai dan hanyut dibawa arus kenikmatan yang sementara...
(aku rindu halaqah itu)

::dibawah ini saya selitkan dua borang: 

1.mutabaah harian
https://drive.google.com/file/d/0B0hKEQGw-uZ0RzN5YXFncHBSSmM/view?usp=sharing

2.Mutabaah Ramadhan 
https://drive.google.com/file/d/0B0hKEQGw-uZ0YlV2Zm5EOVJMbEk/view?usp=sharing

Insan Yang Penuh Dosa: Khutbah Jumaat 31 Mac 2017: Perak Yang Bersih Bersama Membudayakan Kebersihan


Khutbah Jumaat 31 Mac 2017
3 Rejab 1438H
PERAK YANG BERSIH, BERSAMA  MEBUDAYAKAN KEBERSIHAN

Allah S.W.T menciptakan alam dengan sebaik-baik kejadian. Semua makhluk dan hidupan saling memiliki kebergantungan diantara satu sama lain dan ianya menciptakan kesimbangan diatas muka bumi ini. Sehubungan dengan itu, manusia sebagai khalifah didunia ini hendaklah mentadbir dengan sebaik mungkin bagi memastikan tiada sebarang kerosakkan dan pencemaran yang dilakukan. Firman Allah S.W.T dalam surah al an’am ayat 165:

Maksudnya “dan Dialah yang menjadikan kamju khalifah dibumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat kerana Dia hendak mengujimu pada apa yang dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaanNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampung lagi Maha Mengasihani’’

                Akhir-akhir ini terdapat pelbagai kerosakkan yang dilakukan dimuka bumi ini. Antaranya termasuklah sisa-sisa pepejal dan sampah sarap di merata-rata tempat secara haram semakin berleluasa. Tong-tong sampah yang disediakan tidak digunakan sebaik-baik mungkin,sebaliknya sampah dibiarkan diluar tong sampah ataupun di kawasan yang tidak sepatutnya. Di tepi jalan raya,primis-primis kerajaan dan komersil,taman-taman awam serta disekitar kawasan perumahan dilonggokkan dengan sampah sarap. Kebersihan daripada iman yang seharusnya menjadi cara hidup umat Islam tidak lagi diterapkan dalam diri golongan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak.
                
               Sisa pepejal atau sa,pah sarap ini diketogorikan kepada sisa pepejal isi rumah, import,komersil, keinstitusian, pembinaan, perindustrian dan sisa pepejal awam. Sekiranya sisa pepejal ini tidak diurus dengan betul, akan menyebabkan pelbagai kesan buruk antaranya termasuklah demam denggi disebabkan oleh pembiakkan nyamuk aedes dikawasan sampah sarap yang menyimpan air bertakung. Hal ini juga merosakkan pemandangan dan memberikan gambaran serta imej negatif bahawa penduduk negeri ini yang pengotor dan memberi kesan buruk dimana tahun melawat Perak 2017 yang seharusnya indah dan bersih bagi menggalakkan kedatangan pelancong kenegeri ini. Sampah sarap yang dibiarkan tanpa diurus juga akan menjadi tempat pembiakan lalat serta menjadi tempat makan binatang yang membuatkan persekitaran menjadi busuk dan kotor.
                
               Menyedari kepentingan isu kebersihan yang merupakan masalah diperingkat Nasional, kerajaan negeri Perak telah melancarkan kempen “ Perak Yang Bersih, Bersama Membudayakan Kebersihan” pada hari ini 31 Mac 2017 dan akan dilaksanakan diseluruh negeri secara berterusan dan bersepadu. Program ini akan dijadikan acara bulanan disetiap daerah, bandar mahupun luar bandar bagi menerapkan nilai-nilai murni menjaga kebersihan dilaksanakan disetiap peringkat dan dijadikan amalan sepanjang masa,. Tujuan utama program adalah untuk memastikan negeri Perak bersih dan dapat meningkatkan kualiti alam sekitar serta memberi kesedaran kepada semua pihak secara berterusan dan bersepada. Program ini diharap akan menjadi gelombang perubahan sihat dan bersih dengan mensyarakat melalui proses perubahan minda,sikap dan tabiat kebersihan yang bermula dari rumah.
                Budaya menjaga kebersihan adalah amat dituntut dalam agama Islam. Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengamalkan kebersihan dan ia merangkumi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal ,tempat beribadat, tempat awam dan sebagainya. Bagi menjaga kebersihan diri, bukan setakat menjaga kebersihan luar sahaja akan tetapi merangkumi kebersihan hati nurani daripada sifat kufur dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa seperti perbuatan mensyirikkan dan menyukutukan Allah S.W.T. selain itu, menjaga kebersihan rohani ialah menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, sombong, bangga diri,riak dan seumpamanya. Melalui kebersihan rohani ini boleh menjadikan kita  insan yang berakhlak mulia dan terpuji, manakala menjaga kebersihan jasmani boleh menghadirkan diri daripada mendapat penyakit. Ini kerana kekotoran merupakan antara punca penyebab terjadinya penyakit. Oleh itu, kita boleh mengabaikan kedua-dua aspek kebersihan ini iaitu kebersihan nurani dan jasmani.

Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: ‘’Daripada Malik Al Asy’ari berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: kebersihan itu sebahagian daripada Iman”. Hadis Riwayat Imam Muslim.

Sesungguhnya agama Islam juga menitik beratkan kebersihan dalam mengerjakan amal ibadat kerana Allah S.W.T menyukai hambaNya sentiasa mensucikan diri sebelum melakukan ibadat seperti solat dimana seseorang itu hendaklah memastikan dirinya,pakaian dan tempat solatnya dalam keadaan bersih dan suci malah terhindar dari segala najis. Begitu juga dengan memegang Al-Quran, melakukan tawaf dan sebagainya hendakalh dengan berwuduk, Firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah ayat 222:

Maksudnya: “sesungguhnya Allah mengasihani orang yang banyak taubat dan mengasihani orang yang sentiasa mensucikan diri.

                Memandangkan kebersihan ini sangat dituntut dalam Islam, oleh itu, jadikanlah ia satu budaya dalam kehidapan kita. Adapun membudayakan amalan hidup bersih ini adalah bermula dari rumah. Seharusnya ibubapa hendaklah membimbing dan mengajar anak-anak sejak dari kecil lagi kerana melontar buluh biarlah dari rebunnya. Antara contoh yang boleh ditunjukkan oleh ibubapa adalah dengan mempraktikkan amalan kebersihan dihadapan anak-anak seperti membuang sampah ditempat sepatutnya, membasuh tangan sebelum dan selepas makan, menutup mulut ketika batuk atau bersih dan sebagainya. Selain itu, kebersihan luar rumah juga perlu diambil perhatian seperti memotong rumput dihalaman dan disekeliling rumah, membersihkan longkong dan saliran air. Sampah sarap janganlah dibuang merata-rata tempat sehingga menganggu jiran dan orang lain. Oleh itu ibubapa memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas pada masa hadapan. Dengan budaya dan amalan kebersihan ini akan menjadikan sesebuah negara itu disanjung tinggi dimata dunia.


Sabtu, 25 Mac 2017

Insan Yang Penuh Dosa: Khutbah Jumaat Integriti Yang Melonjak Kualiti Hidup

Integriti seorang individu adalah menifestasi daripada keperibadian dan tingkah lakunya setelah mengharungi dan mengelami proses pendidikan, pelajaran dan sosialisasi yang agak panjang. Bilamana kita membincangkan soal integriti maka tercetuslah  pelbagai persepsi dan pendapat dalam kalangan kita terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa,pecah amanah,rasuah, penyelewengan walaupun dilakukan segelintir individu,namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruhh penjawat awam yang lain.

                Sekalipun elemen-elemen integriti untuk peningkatan kualiti kerja telah lama diterapkan kedalam perkhidmatan awam melalui pelbagaian program ,peraturan dan kempen seperti piagam pelanggan, hari bertemu pelanggan manual prosedur kerja dan fail meja, sistem pengurusan akauntabiliti dan berintegriti, kempen bersih cekap amanah,laporan perisytiharkan harta dan program penerapan nilai-nilai islam, namun, segala dasar dan polisi berkaitan seolah-olah masih gagal dihayati dengan sepenuh hati. Bukankah ALLAH S.W.T menyatakan segala yang kita lakukan itu sentiasa diperhatikan dan dicatat.

Firman Allah S.W.T didalam surah al Taubah ayat 105 yang bermaksud:

‘’Dan katakanlah: beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya dan orang mukmin akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang azab dan yang nyata,kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

                Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa amalan integriti itu bermula dari dalam diri kita 
sendiri atas keyakinan bahawa segala apa yang kita lakukan tidak terlepas daripada pengetahuan Allah S.W.T. Sekiranya keyakinan ini ada pada setiap individu, maka tidak mungkin mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentang dengan nila-nilai Integriti.

                Penghayatan nilai-nilai Integriti akan melonjak kualiti hidup seseorang itu kepada keutuhan akhlak, kewibawaan menghayati akhlak yang mulia dan terpuji yang diperjuangkan oleh baginda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

“sesungguhnya aku diutuskan untuk menyampaikan manusia dengan akhlak yang mulia”
Sebagai orang Islam, kita hendaklah benar-benar menghayati nilai-nilai Integriti terutama sekali dalam pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan sifat-sifat Integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh disiplin dan komitmen kerana ia merupakan tuntutan. Sebaliknya, jika ia tidak dihormati dan diamalkan nescaya akan berleluasa kemungkaran dan jenayah sehingga boleh menyebabkan kacau bilau dan huru hara sesebuah negara.

                Dalam konsep integriti hari ini, kita boleh mengambil contoh kepimpinan Sultan Muhammad AlFateh dan tenteranya yang berjaya membuka kota konstantinopel. Sebenarnya ,antara faktor besar yang menyumbang kejayaan tersebut adalah kesepaduan nilai-nilai integriti kepimpinan dan nilai integriti sepasukan yang cukup kental.

Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad iaitu yang bermaksud:

“berkata Abdullah Bin Bisyri daripada bapanya yang telah mendengar Nabi S.A.W bersabda: Konstantinopel (kini istanbul) akan dibuka (jatuh ketangan tentera Islam), maka sebaik-baik raja adalah rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera itu”

Tugas pasukan polis bukan semata-mata menjaga keselamatan dan keamanan dari segi fizikal, tetapi mencakupi aspek yang lkebih luas dari itu. Ini digariskan dalam lima matlamat makasyi syariat iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta benda.

                Setiap polis perlu sentiasa berusaha memastikan kesemua matlamat syariat ini di dapat dicapai. jika penghayatan nilai-nilai integriti ditinggalkan, ia akan memberi kesan negatif yang cukup besar sehingga boleh berlakunya penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan gejala rasuah ,mengancam keselamatan negara maka akan hilang keredhaan Allah S.W.T dan keberkatan rezeki.

                Sempena peringatan hari polis ke-210,marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan seluruh warga PDRM dan pasukan keselamatan di negara ini berada didalam rahmat dan perlindungan ALLAH jua. Semoga mereka dapat mencapai prestasi yang lebih cemerlang dan terus cekal berhadapan dengan apa jua cabaran mendatang.

                Beberapa elemen-elemen penting yang dapat menerap dan memperkukuhkan penghayatan serta pembudayaan nilai-nilai integriti dalam kehidupan kita iaitu:

PERTAMA: umat islam hendaklah memantapkan iman dan menguatkan ketinggian sahsiah bagi memastikan terus istiqomah dengan sifat-sifat mahmudah dan integriti dalam diri

KEDUA: Umat islam perlu menekankan aspek asuhan dan pendidikan yang mempunyai nilai-nilai murni dan berintegriti bermula dari peringkat awal asuhan lagi.

Ketiga: Penguatkuasaan undang-undang perlu terus dipergiatkan supaya masyarakat sedar akan kemudaratan nilai-nilai Integriti yang boleh mengancam negara.



Jumaat, 17 Mac 2017

Insan Yang Pendosa:Khutbah Jumaat Hargai Nikmat Kesihatan Mulut dan Kesihatan Pergigian Anda.

Insan Yang Pendosa: Khutbah Jumaat Hargai Nikmat Kesihatan Mulut dan Kesihatan Pergigian Anda

Isi Penting Khutbah Jumaat
17 Mac 2017M
18 Jamadhilakhir 1438H


Tajuk Khutbah ialah Hargai Nikmat kesihatan mulut dan kesihatan pergigian anda.

*Rasulullah S.A.W bersabda “Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya kerananya iaitu kesihatan dan kelapangan masa” H.R Imam Bukhari

*mulut serta komponenyang berkaitan gigi,lelamgit,mulut, dan pipi merupakan salah satu pecaindera atau anggota yang penting dikurniakan ALLAH kepada kita untuk bertutur ,bercakap,makan dan minum,kegembiraan,kemarahan dan kesedihan. Namun sebaik2 penjagaan anggota yang penting ini adalah dengan selawat membaca,Al Quran, memberi nasihat serta ucapan yang baik.

*Rasulullah S.A.W adalah ikutan dan taladan yang baik untuk dicontohi oleh umat Islam dari aspek penjagaan hubungan Rasulullah S.A.W dengan Allah s.w.t sepertimana didalam surah Al Ahzab Allah berfirman pada ayat 21:

Maksudnya:sesungguhnya adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik yayitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAhg dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH.

*penjagaan kesihatan mulut adalah sebahagian dari penjagaan kesihatan tubuh badan yang dituntut di dalam agama Islam.kaitan antara mulut dan badan adalah sangat rapat. Oleh itu penjagaan kesihatan mulut amatlah penting. Berikut adalah penjagaan kesihatan mulut yang boleh dicapai dengan:

1.       Menjaga kesihatan mulut dengtan cara yang betul.aspek kebersihan mulut merupakan asa yang sangat penting untukl mencegah penyakit mulut atau penyakit pergigian. Oleh itu diingatkan agar kita memberus gigi sekurang2nya 2 kali sehari atau mengikut sunnah Rasulullah S.A.W dengan memberus gigi setiap kali sebelum menunaikan solat. Dengan memberus gigi dapatlah kita menjaga kebersihan mulut dan gigi kita seterusnya mencegah daripada penyakit gigi seperti gigi berlubang atau dikenali sebagai karies,penyakit gusi atau dikenali sebagai gingivitis(keradangan gusi) dan periodontitis(keradangan kepada tisu penyokong gigi).

2.       Pengambilan makanan yang seimbang membantu menjaga kesihatan badan dan mulut. Kejadian gigi berlubang atau karies mempunyai kaitan dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti cuka ,kek, aiskrim dan makanan yang mempunyai kiandungan gula yang banyak. Oleh itu pengambilan makanan yang seimbang dapat mengelakkan berlakunya penyakit dan menjaga kesihatan tubuh badan serta mulut dan gigi.

3.       Membuat lawatan yang berkala ke klinik pergigian. Ia bertujuan untuk mencegah dan memberi peluang kepada doktor untuk mengesan penyakit berkaitan gigi. Di klinik juga kita dapat menjalani beberapa prosedur penjagaan gigi seperti mencuci gigi,menampal gigi yang berlubang, dan mendapat khidmat kesihatan penjagaan kebersihan gigi. Rawatan awal juga boleh mencegah penyakit berkaitan mulut seterusnya dapat menjaga kesihatan gigi.

4.       Mengelakkan daripada mengamalkan tabiat buruk seperti hisap rokok,makan sireh, dan penang yang boleh menyebabkan penyakit2 lain yang berkaitan dengan mulut dan gigi seperti  kanser mulut

*juga diingatkan menjaga kesihatan mulut dan gigi adalah tanggungjawab kita sendiri. Doktor gigi juga dapat membantu kita untuk menjaga kebersihan gigi melalu beberapa aspek seperti:
a      
a)      Memberi pengetahuan dan tunjuk ajar dalam penjagaan kebersihan mulut
                        b)      Melakukan prosedur pencegahan semasa lawatan berkala
c                      c)       Merawat penyakit terutamanya diperingkat awal


Oleh yang demikian, kita perlulah mengambilberat soal kebersihan dan kesihatan mulut serta gigi apatah lagi kebersihan tubuh badan sangat dituntut dan bertepatan dengan agama Islam. 

Sabtu, 11 Mac 2017

Insan Yang Penuh Dosa:Bahana Akibat Menonton Video Lucah




Baiklah,Lazimnya, yang gemar melihat benda ini semua adalah golongan REMAJA dan remaja itu adalah kita dan saya. Antara faktor yang mendorong seseorang itu menonton video atau membaca bahan lucah ialah :

1) Terlalu banyak MASA KOSONG yang tidak diisi dengan benda yang manfaat. Jadi, bila hal ini berlaku seseorang itu akan terdorong menuruti hawa nafsunya tambahan pula di depannya sudah ada 'laptop' dan internet pula laju, lagi mudah kerja lagho ni dibuat.

Tindakan : Isikan masa anda dengan seberapa banyak aktiviti yang mungkin. 


Sebenarnya,kalo sape yg ska tonton video lucah melalui IT/teknologi,cuba sebulan or 2 bulan korang jauhkan diri korang daripada teknologi.. sebab korang mungkin xleh tahan nafsu bler ada dpan IT/teknologi..

2) Terlalu BERKHAYAL.

Inilah antara faktor utama menonton video lucah. Lazimnya, orang yang dah ber'couple' akan banyak khayalnya. Dia akan pandang seseorang perempuan itu dengan pandangan tembus. Tambah-tambah pula bila perempuan berpakaian yang menjolok mata. Tudung kalau boleh nak diselak sampai nampak dada, seluar tu ketat sampai susah nak jalan. Kalau lelaki miang memang suka tengok perempuan begini. Kalau saya menyampah, sebab kuih kalau dah selalu terdedah dan ditayang, rasanya akan hilang dan kualitinya akan berkurangan. Kalau kita pergi kedai jual kek, kita nak beli kek yang letak dalam cermin ke atau yang diletak tersadai atas meja?? Jawab sendiri..

Tindakan : Daripada berkhayal baik kiranya kita mengingati mati atau fikir sesuatu tentang masa depan. Lepas ni nak buat apa, kalau keputusan periksa aku teruk nak kerja apa. Nabi kata orang yang paling bijak di kalangan kamu adalah mereka yang banyak mengingati mati.

3) Terlalu Banyak BERSOSIAL

Adab pergaulan laki perempuan juga nak kena jaga. Perempuan sembang dengan laki 'tak moh gedik-gedik sangat ye' sebab meluat tengok. Jangan selalu buat suara manja, seolah-olah 'meminta sesuatu'. Cakap macam biasa..sopan, lemah lembut, berbudi bahasa..jangan menggedik. Perempuan juga nampak tidak manis apabila selalu ketawa yang bunyinya macam kuda. Tak bagus ye..Laki pula sembang jangan terlalu tumpu pada mata, dan mata tu jangan meliar tempat lain.

Tindakan : Kurangkan bersosial tapi jangan tak bermasyarakat langsung. Bersosial boleh tapi jagalah batas adabnya. Sembang jangan keterlaluan, bergelak ketawa berpada-pada. Ini semua akan mendorong hubungan intim yang disulami nafsu seksual di kalangan kita. Nafsu yang belum tiba masanya ia datang.

4) Berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya.

Bersahabatlah dengan orang baik budinya, kuat agamanya, mudah-mudahan kita terdorong untuk mencontohi tingkah lakunya. Berkawan memang dengan semua orang tetapi bersahabat dengan orang yang baik akhlaknya agar kita dapat 'saham' apa yang dilakukannya. kalau orang yang selalu ke surau, kita rapat dengannya, kita turut juga dapat pahala atas amalannya.

Jika bersahabat dengan tukang besi kita akan dapat bahang besi itu, jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, baunya kita akan dapat.

Tindakan : Mulai sekarang, bersahabatlah dengan orang yang kuat agamanya, baik pekertinya, luhur budinya agar kira dapat mencontohinya.

5) Kurang Baca Al-Quran

Rata-ratanya, orang yang selalu melihat video lucah adalah yang jarang membaca Quran. Ini kerana, jarang membaca Quran akan membuatkan hati mati dan gelap dan menghalang cahaya (Nur) Tuhan terpancar.

Tindakan : Selalulah baca Quran. Baca dengan tajwid yang betul. kalau tak tahu WAJIB belajar dengan orang yang tahu. 

RUGINYA ORANG YANG TAK MAHIR BACA QURAN APABILA DIA DEWASA KELAK. BILA ADA ANAK, ISTERI WAKTU ITULAH AKAN MENYESAL TAK BERKESUDAHAN. ANAK KELAK AKAN JADI MACAM KITA.

Anda akan akui bahawa kata-kata saya ini benar setelah anda mendirikan rumahtangga. Waktu tu lah sibuk nak cari guru mengajar, kena pula keluarkan duit untuk upah mengajar. Bila mati nanti, tiada pahala bacaan Quran yang diterima daripada anak di atas kegagalan kita mendidik tadi.

Keburukan Orang Yang Melihat Video Lucah

1) Lemah syahwat ketika berkahwin nanti. Mudah kalah dalam pertarungan.
2) Mudah jemu dengan isteri sendiri dan berkhayal lebih puas baginya daripada berjimak dengan isteri.
3) Zuriat akan tercemar dengan benih-benih yang tidak soleh. Anak nanti akan mengulangi semula perbuatan kita itu. Bila terkantoi melihat anak kita nanti melihat video lucah, waktu tu kita akan terkenang kembali tabiat kita dulu. Padan muka!!!
4) Hati gelap, jiwa sentiasa resah gelisah. Seolah-olah mencari sesuatu.
5) Hidup dalam laknat Tuhan. Rezeki sempit.

Lepas ni janganlah tengok cerita lucah. Cuba tengok cerita Detective Conan ke, Doraemon ke, Shin Chan ke..ataupun cerita Ultraman. Pasti tak terangsang nafsu. 

Jumaat, 10 Mac 2017

Insan Yang Penuh Dosa: Khutbah Jumaat negeri Kelantan 10 MAC 2017




Surah Maryam Ayat 59-60:
Maksudnya: Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat, maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka.Kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh,maka mereka akan masuk kedalam syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”.

Ikhwan Muslimin!

                Marilah sama2 kita bertakwa kepada ALLAH DENGAN MENGERJAKAN SURUHAN2 DAN MENINGGALKAN SEMUA LARANGAN. Mudah-mudahan kita diberikan kejayaan oleh ALLAH Azwajalla di dunia dan di akhirat.

                Perintah mengerjakan solat itu adalah satu perintah yang Agong di dalam agama kita Islam,kerana kebesaran itulah orang yang mengerjakannya dipanggil sebagai ahlul kiblah dan ahlul 
solah. Semuanya ini kerana kebesaran solat dalam agama Islam. Kewajipan mengerjakan solat ini tidak gugur dari seorang mukhalaf walaupun berada di medan peperangan selama ia memiliki ingatan kecuali wanita ketika keuzuran Haid dan nifas.

                Solat adalah tiang agama,diwajibkan lima kali sehari semalam dan diiklankan setiap fardhu lima kali sehari dengan suara azan.
Ikhwan Muslimin!

                Ibn Abas menceritakan “aku bertanya Rasulullah S.A.W tentang maksud yang lalai didalam solatnya? Jawab Baginda “mereka itu ialah orang yang mentakhirkan daripada waktunya. “mereka dinamakan orang yang bersembahyang sedangkan mereka mempersendakan sembahyang. Akibatnya mereka akan dimasukkan oleh ALLAH kedalam neraka jahanam yang kepanasannya mencairkan bukit didunia dan itulah tempat mereka yang mempermaikan sembahyang. Perlu diingatkan bahawa amalan yang pertama dihisab oleh ALLAH S>W>T di akhirat kelakn adalah solat sekiranya yang in berjaya maka yang selepasnya akan mudah dan berjaya dan sekiranya gagal maka selepasnya akan rugi dan binasa.

Didalam ayat lain ALLAH berfirman didalam surah Al muddathhir ayat 42-43:
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu masuk Neraka Saqar? Maka dijawabnya kerana kami tidak mendirikan solat.

                Disana terdapat terlalu banyak amaran daripada ALLAH tentang mereka yang tidak mengerjakan sembahyang. Diantara Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
-perbezaan seorang muslim dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang.
-sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka terlepas ia dari jaminan naungan ALLAH.
-Sesiapa yang meninggalkan sembahyang asar maka gugur amalannya.
Saidina Umar Al Khattab R.A berkata tidak ada bahagian didalam Islam bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.


                Allah meletakkan seorang manusia ditempat yang tinggi. Ketinggian dan keagongan darjat seseorang it bergantung kepada setinggi mana dia mengagongkan kebesaran ALLAH. Di zaman kita ini banyak syiar Islam terhijab atau dibiarkan tetapi dengan kelebihan dan kebesaran ALLAH, masih kekal bersama kita. Alangkah rugi seseorang hamba yang tidak rukuk dan tidak sujud. Orang yang mengerjakan sembahyang walaupun ada melakukan kesalahan adalah lebih baik daripada yang tidak mengerjakannya kerana ulamak berkata “ mereka yang memelihara solat itu hampir kepada rahmat ALLAH berbanding mereka yang tidak mengerjakannya.

Selasa, 7 Mac 2017

Insan Yang Penuh Dosa:Apakan kalimat tayyibah itu dan apa saja contoh kalimat tayyibah itu ?

Kalimat Tayyibah




Kalimat-kalimat di bawah ini adalah merupakan kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkan delapan kalimah thoyibah zikir sebagai berikut :

1. Ucapan Apabila Hendak Memulai Suatu Pekerjaan
"BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM"

2. Ucapan Ketika Mendapat Suatu Nikmat Atau Selesai Menjalankan Pekerjaan
"ALHAMDULILLAAH"

3. Ucapan Jika Ada Sesuatu Yang Mengagumkan / Mempesona
"MAASYAA ALLAAH"

4. Ucapan Pada Saat Ada Sesuatu Yang Mengejutkan
"SUBHAANALLAAH"

5. Ucapan Jika Terjadi Suatu Kesalahan
"ASTAGFIRULLAAH"

6. Ucapan Pada Saat Tertimpa Musibah Atau Ada Orang Meninggal
"INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI'UUN"

7. Ucapan yang diucapkan ketika ingin terhindar dari hal buruk yang tidak diinginkan
"NA'UUDZUBILLAAH"

8. Ucapan pada saat berhasil melakukan sesuatu sesuai harapan
"ALLAAHU AKBAR"